Sunday, October 23, 2005
Hariz Azhan mengeluh berat.Terlalu sesak dadanya dirasakan saat itu. Semuanya gara gara permintaan yang satu itu.Ah,susah benar mahu membuatkan ibunya faham apa yang ada dalam hatinya.
Sukar benar dirasakan saat itu.Desakan Hajah Sapina terlalu melemaskan dirinya.Dia sudah tidak betah,jadi alergik dengan ibunya sendiri yang semakin lama menjadi semakin pendesak.
Bukan dia berniat menolak permintaan ibunya itu,apa lagi menjadi anak derhaka.Tetapi hatinya tidak mahu menerima.Kasih sayangnya pada Qarin Nasuha sudah sebati sejak bertahun tahun lalu dalam dirinya.
Tidak mungkin untuk dia menerima kehadiran insan lain dalam hidupnya saat ini.Bukan sekarang dan bukan sejak bertahun dia kehilangan Qarin Nasuha dulu.
Baginya tiada siapa yang mampu menggantikan tempat Qarin Nausha dalam hatinya.Tiada siapa yang mampu melenyapkan ingatannya pada gadis itu.
Sudah terlalu lama Qarin Nasuha bertapak dalam hatinya.Sudah menjadi darah daging ingatannya pada gadis itu saban waktu.
Dan mustahil untuk tiba tiba dia menerima kehadiran insan lain dalam hidupnya.Dia tidak peduli dengan kata kata orang lain.Dia tidak kisah dikatakan bujang terlajak.Baginya tiada siapa yang faham apa yang dilaluinya.
Kasihnya pada Qarin Nasuha terlalu sukar mahu dibendung.Biar beribu batu terpisah sukar untuk dia menghilangkan kehangatan kasih yang ada dalam dirinya.Perasaan itu sudah sebati dalam dirinya.Biarlah,kalau perlu menunggu bertahun tahun lamanya dia akan menunggu selagi terdaya.
Bagi Hariz Azhan bukan niatnya untuk terus menyalahkan ibunya atas perpisahan yang terjadi antara dia dan Qarin Nasuha,namun sebagai manusia biasa masih terdetik pada hati kecilnya.Tiada siapa dapat menolak hakikat,ibunya sendiri yang menjadi penyebab gadis kesayangannya itu melarikan diri.
Tidak ada sedikitpun rasa marah pada ibunya,namun hati kecilnya masih terkilan dengan tindakkan Hajah Sapina dulu.Bukannya ibu itu tidak tahu betapa banyak halangan yang telah ditempuhinya demi memiliki gadis itu.Betapa sukarnya derita yang menganggu hidup mereka berdua sebelum mereka dapat bersama.
Yang ada dalam hati kecilnya waktu itu hanyalah sedikit rasa terkilan dengan tindakkan Hajah Sapina.Dan tidak ada apa yang mampu merubah kasih sayangnya pada Qarin Nasuha.Sebagai anak dia telah cuba melakukan yang terbaik buat ibunya,namun dia berhak menentukkan jalan hatinya.Hati kecilnya masih menyayangi Qarin Nasuha.
Cinta itu masih mekar dalam dirinya hingga waktu ini.Tidak mungkin akan layu dan mustahil akan lupus dari ingatannya.Hanya takdir Ilahi yang mampu menghilangkan rasa cintanya pada satu satu wanita yang amat disayanginya itu.
“Rin,kenapa ya, you tak kawin kawin?”soal Nancy,dia memandang gadis berhidung mancung itu.Tersentak Qarin Nasuha dengan pertanyaannya itu.
“Kenapa tiba tiba you tanya ni Nancy?”ketawa kecil dia dengan pertanyaan yang tidak pernah terlintas akan datang dari teman berbangsa Cina nya itu.Dia memandang ibu kepada empat orang anak itu.Masih tampak muda walaupun sudah menjangkau usia 46 tahun.
“Tak adalah,you ni cantik bukan tak cantik.Dah tu tak juga kawin.Pelik I.Setahu I lah orang cantik lah yang cepat kawin.”seloroh Nancy.
Qarin Nasuha ketawa kecil mendengarkan kata kata Nancy itu.
“Habis tu kalau orang cantik aje yang kawin,orang tak cantik tak kawin lah.”usik Qarin Nasuha.Seringkali orang beranggapan begitu.Asal cantik mesti kawin cepat.Dah tu orang yang tak cantik tan handsome tak kawin lah jawab nya.
“Bukan lah macam tu maksud I .”ketawa Nancy dengan jawapan Qarin Nasuha itu.Ada benarnya kata kata gadis itu.
“I faham,”jawab Qarin Nasuha sebelum kembali tersenyum.
“Belum ada jodoh lagi.Lagipun I muda lagi lah Nancy.Belum pun tiga puluh.Baru 27 tahun.”jawab Qarin Nasuha.
“Perempuan tak elok kawin lambat tau.”usik Nancy.
“Pandailah you ni.Alah,ada jodoh kawin lah I.Buat masa ni,I senang dengan hidup I ni. I ada babah,abang dan anak I,Hariz.Cukuplah dulu.Soal pasangan hidup biar kemudian. Kalau ditakdirkan I jumpa dia,adalah.”jawab Qarin Nasuha.Akhir kata katanya bagai mengandungi seribu makna yang tidak mungkin difahami Nancy.
‘Dia’!Ah,Qarin Nasuha mengeluh kecil,dia masih sayangkan lelaki itu.Tiga tahun tidak mungkin mampu membunuh cintanya dia pada Hariz Azhan.Memang cintanya tetap ada dalam dirinya.Disembunyikan jauh dilubuk hati kecilnya.Walaupun tidak bersama tidak bererti dia melupakan betapa sayangnya dia pada lelaki itu.
“Lusa adik ke KL balik babah.Belum sempat jumpa dengan wakil Munawar Holding hari tu.”beritahu Qarin Nasuha.
Dia tersenyum kecil sambil mencium pipi anak kecil yang sedang santai duduk disisinya.Hariz sudah sembuh dan semakin sihat.Dia perlu meneruskan kerja yang tertangguh dulu.
“Berapa hari?”Tanya Encik Qairil memandang anak gadisnya itu sambil menghirup air kopi kegemaran mereka.
“Tak lama,dalam tiga hari aje.Lepas meeting tu adik ingat nak jumpa kawan lama sekejap.Lepas tu terus balik.”
“Okey,tak ape.Kalau adik nak duduk rehat lama sikit pun tak pe. Babah boleh handle semua kerja kat sini.Lagipun pembantu kita ramai.”Encik Qairil mahu anak itu berehat seketika.Dia tidak mahu Qarin Nausha terlalu terbeban dengan kerja kerja seharian.
“Alah,tak mahu lah babah.Lepas tu terus balik. Lagipun kalau nak berehat tak sesuai kat Bandar besar macam KL tu.Lagi semak kepala.”jawab Qarin Nasuha.
“Qarin Nasuha.”ujar Qarin Nasuha memperkenalkan diri.Dia memberikan senyuman pada lelaki didepannya.Tapi lelaki itu tampak seakan akan tidak punya sebarang reaksi.
Dia jadi gelisah bila dirinya diperhatikan tanpa sebarang kata kata dan reaksi daripada lelaki itu.
“Encik Muhyden.”sapaan Emily mengejutkan Koyo yang entah kemana melayang.Dia tersenyum tersipu sipu dengan keadaannya itu.
Malu berkelakuan begitu pada tetamu yang baru pertama kali diperkenalkan padanya.
“Maafkan saya.”dia menghulurkan senyuman penuh rasa tidak senang.Bunyi menderu yang hampir hampir melemaskan dirinya menganggu konsentrasi dirinya.
“Tak mengapa.”ujar Qarin Nasuha,dia tetap menghulurkan senyuman walaupun masih lagi diburu tanda tanya.Pelik dengan kelakuan lelaki didepannya itu.
“Kita teruskan dengan perbincangan kita cik…?”Koyo menyoal,sekadar menutupi rasa gugup yang melanda dirinya.
“Just call me Rin.”pantas Qarin Nasuha menjawab.Rin,satu nama baru yang sengaja digunakannya.Baginya nama Qarin terlalu membebankan.Ada seribu satu kenangan yang begitu sukar dikikiskan sebalik sebuah nama.Ada sebuah cinta yang tidak mungkin akan padam pada nama itu.
Biarlah nama itu tersimpan dalam kenangan dirinya.Baginya,nama itu terlalu menyakitkan. Memori luka yang terselindung terlalu menyayat lubuk hatinya.
Sukar untuk dia melepaskan diri daripada kenangan lalu.Dia jadi tidak betah bila nama itu disebut.Biarlah,kini dia lebih senang digelar Rin.Singkatan namanya juga.
Koyo mengangguk perlahan.Dia berpura pura menumpukan perhatian pada fail didepannya.Namun dia akui ada sesuatu yang sedang menganggu dirinya saat itu.
Kehadiran Qarin Nasuha telah meruntuhkan tembok yang dibina bertahun tahun lamanya. Sudah terlalu lama dia menutup pintu hatinya dari mana mana wanita.
Namun wanita yang satu didepannya saat itu telah merobohkan tembok itu disaat pertama dia melihatnya.Sesekali dia mencuri pandang pada wanita itu.Ketenangan wajah Qarin Nasuha bagaikan menyentuh kedasar hatinya.Begitu sukar untuk dia menumpukan perhatian bila gadis itu berada didepannya.
Debaran yang membising dalam dirinya menyebabkan dia tidak tenang, terasa hatinya tidak keruan bila terpandangkan wajah didepannya itu.Ah, tak mungkin!! Bentak hatinya tiba tiba. Tak mungkin dalam hanya beberapa pertemuan saja gadis didepannya itu mampu mengoyahkan perasaannya.
Cepat cepat dia menyangkal bisikan hatinya. Namun sekali lagi hati itu bagaikan mengkhianatinya. Debaran yang semakin melaju membuktikan hati itu tidak lagi memihak pada dirinya. Koyo kalah akhirnya. Dia tersenyum sendirian sambil memandang riak wajah tenang didepannya yang sedang tekun membelek fail ditangan.
Koyo menjadi seakan sasar dengan pertemuan pertama itu. Pertemuan yang terlalu dekat pada hatinya. Kehadiran Qarin Nasuha dirasakan terlalu dekat padanya. Sehinggakan dia masih lagi terasa kehangatan gadis itu.
Dia tersenyum sendirian. Fikirannya melanyang entah kemana, namun yang pasti debaran yang dirasakan sejak pagi tadi tidak mahu berhenti. Debaran itu terasa begitu menyesakkan dadanya.
“Oiit!! Mat jiwang. Apa hal kau ni?” soal Hariz Azhan. Dia mencampakkan batal kecil pada temannya itu. Sejak tadi dilihatnya Koyo tersenyum sendirian. Dan yang menjadikan dia semakin pelik senyuman itu kadang kala meleret leret hingga berjela jela panjangnya.
“Kau ni kacau daun lah. Ishkk…” runggut Koyo. Marah bila khayalannya diganggu.
“Yela,aku tengok sejak tadi kau macam monyet gatal aje. Senyum tak ingat dunia. Asyik senyum aje. Macam orang kemaruk nak bercinta aje.” usik Hariz Azhan. Dia duduk didepan tv, sambil tangannya lincah menukar channel. Mencari siaran yang menarik.
“Sibuk la kau ni. Aku jumpa cendrawasih.” Ujar Koyo.Dia ketawa kecil.Hatinya berbunga tiap kali berbicara tentang gadis itu.
“Cendrawasih mana pulak ni?’ soal Hariz Azhan. Tidak dapat menangkap maksud kata kata temannya itu.
“Alah, kau ingat tak, awek cun yang kita jumpa malam tu?”
“Awek mana pulak. Banyak awek yang kita jumpa.Bila? Yang mana satu?”Hariz Azhan melontarkan pertanyaan kembali. Malam yang mana satu yang dimaksudkan Koyo? Gadis mana yang di bicarakan temannya itu? Pening dia memikirkannya.
“Alah, malam yang aku jumpa cendrawasih tu. Dua minggu lepas lah.”
“Lor, mana aku tau.Aku tak nampak pun.Tah tah mata kau yang kelabu. Tak cun pun jadi cun.”usik Hariz Azhan. Mengekek dia ketawa. Tawanya semakin menjadi jadi apatahlagi dia melihat Koyo menarik muka masam mendengarkan usikannya itu.
“Amboi amboi. Sejak bila dah pandai merajuk pulak ni. Ni mesti cendrawasih kau tu yang ajar ek. Buruk perangai betul. Aku baru gurau macam tu dah merajuk.”sakat Hariz Azhan. Gelak tawanya semakin besar melihatkan gelagat Koyo yang sudah pandai merajuk itu.Sedangkan temannya itu lah yang paling boleh dibawak bergurau. Kalau nak mengutuk mengata dia apa pun boleh. Sure dia tak marah.
“Banyak la kau merajuk. Merajuk apa nya pulak.” Sangkal Koyo. Geram mendengar kata kata Hariz Azhan itu. Namun tidak lama bila dia kembali mengukir senyuman. Hatinya bagai dicuit cuit bila memikirkan kebenaran kata kata temannya itu.Sejak bila pula dia terlalu mudah berkecil hati begitu.
Apa lagi dengan Hariz Azhan.Teman baiknya itu.Kelakar pula dirasakannya. Memang benar kata kata Hariz Azhan. Dia menjadi terlalu sensitif malam ini.
Haji Kamil hanya memandang sepi pada Hajah Sapina yang terlantar. Isterinya itu tidak sihat sejak kebelakangan ini. Risaunya tentang diri anak bongsu mereka Hariz Azhan semakin menjadi jadi sejak Hariz Azhan sudah hampir tiga bulan tidak pulang kerumah gara gara merajuk dengan sikap isterinya itu.
Sudah puas dia menasihati agar Hajah Sapina melupakan saja hajat nya untuk melihat Hariz Azhan bertunang dengan Cikgu Adela. Dia tahu sangat hati budi anak bongsunya itu. Walaupun dia seorang anak yang baik nanum dia tahu kasih sayang Hariz Azhan pada Qarin Nasuha tak mungkin akan ada gantinya.
Dan mana mungkin anak itu akan menerima Cikgu Adela.Lebih lebih lagi Hariz Azhan sendiri sudah terang terang bertemu dengan Cikgu Adela menyatakan secara baik dia tidak mungkin akan menerima pilihan keluarga itu. Entahlah, Haji Kamil sudah buntu dengan kedegilan isterinya. Entah sejak bila isterinya itu menjadi begitu keras kepala begitu.
“Abang telefon cu, saya nak jumpa dia.”lemah Hajah Sapina bersuara.Kepalanya terasa begitu sakit. Berat dan sukar untuk diangkat.
“Awak berehat lah dulu Pina. Malam malam ni takkan awak nak suruh cu balik. Biarlah budak tu. Dah awak luka kan hati dia, takkan awak nak paksa dia lagi. Cukup cukuplah tu.” Ujar Haji Kamil. Entahlah, tiba tiba dia jadi marah dengan sikap isterinya itu. Segala perbuatan Hajah Sapina pada Qarin Nasuha satu waktu dulu bagaikan bermain semula pada kotak fikirannya.
Entah apa yang merasuk isterinya hinggakan sampai sanggup dia melukai hati anak gadis yang sudah dianggap bagiakan anak kandung mereka sendiri.
“Sampai hati abang. Saya nak jumpa cu, bang. Saya hanya nak jumpa dia.Nak minta maaf dengan dia.Sebab saya pisahkan dia dengan Nas.”ujar Hajah Sapina. Tangisannya bergema memenuhi ruang bilik tidur yang suram.
“Dah la, tak guna awak menangis. Baik awak tidur. Esok esok aje saya telefon cu.” Putus Haji Kamil. Suaranya dikendurkan. Tidak sampai hati melihat tangisan isterinya itu. Dia menarik gebar, menyelimutkan badan Hajah Sapina sebelum dia berlalu keluar. Dia mahu ambil angin. Terasa sesak nafasnya dalam bilik itu.
Entahlah, hingga saat ini hati tuanya masih terbayangkan lagi betapa sukarnya Hariz Azhan dan Qarin Nasuha bersama. Dan dia bagaikan tidak dapat menerima hakikat isterinya sendiri yang merosakkan hubungan yang terjalin antara kedua anak anaknya itu.
Dia masih berkecil hati dengan sikap Hajah Sapina yang terlalu mementingkan diri sehingga mengorbankan jiwa anak mereka. Terlalu payah untuk dia melihat kesengsaraan Hariz Azhan ditinggalkan Qarin Nasuha. Begitu payah dia melihat Hariz Azhan membina hidupnya. Anak itu terlalu cekal, kekalahan bercinta tidak sedikitpun melemahkan jiwanya.
Dia bersyukur, sekurang kurangnya rajuk Hariz Azhan tidak memusnahkan dirinya. Anak itu cuma merajuk dan bermastautin di Kuala Lumpur. Mujurlah anak itu tidak membuang mereka berdua. Kalaulah Hariz Azhan merajuk hingga tidak mahu pulang pulang, kemana kudrat tua mereka mampu mencarinya.
“Panggil aje saya Koyo. Di luar pejabat semua panggil saya begitu.”ujar Koyo. Dia tersenyum memandang Qarin Nasuha yang agak kaget mendengarkan namanya itu.
Dia tidak melepaskan peluang mempelawa gadis itu makan bersamanya.Pertemuan secara tidak sengaja itu bagaikan membuka peluang buat dirinya untuk mendekati gadis yang dalam diam diam mencuri hatinya.
“Koyok?”soal Qarin Nausha.Kali pertama dia mendengarkan nama itu.Begitu pelik pada pendengarannya.
“Koyo, bukan Koyok.”jawab Koyo.Tergelak kecil dia dengan nama yang disebut Qarin Nasuha.
“Koyo?”soal Qarin Nasuha mahukan kepastian. Tergelak dia mendengarkan nama itu.
“Kenapa senyum?”soal Koyo. Hati berdetup melihatkan senyuman diwajah itu.
“Tak de la.Pelik betul nama awak tu. Tak pernah saya dengar nama begitu sebelum ni.” Ujar Qarin Nausha. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.Terasa sedikit lucu pun ada jugak.
“Pembela agama.”tutur Qarin Nasuha sepatah.Dia seketika namun anak matanya tepat memandang lelaki berkulit hitam manis itu.Tampak segak dan punya karisma tersendiri. Anak mata lelaki itu nampak bercahaya dan dia mengakui lelaki didepannya itu memiliki sepasang mata yang menawan.
“Nama elok elok kenapa jadi Koyo?”soal Qarin Nasuha.
Koyo tertawa mendengarkan persoalan yang diutarakan gadis itu. Tidak ada sesiapa pun yang pernah mempertikaikan mengapa namanya bertukar menjadi begitu kecuali Hariz Azhan dan kini Qarin Nasuha orang kedua yang bertanya.
“Kenapa?”soal Qarin Nasuha. Pelik melihat lelaki itu tertawa begitu.
“Awak orang kedua yang bertanya mengapa jadi begitu nama saya.”ujar Koyo. Dia memandang gadis itu. Entah mengapa terasa dekat benar dihatinya. Wajah Qarin Nasuha bagaikan memukau dirinya.
“Tak boleh ke?”Tanya Qarin Nausha kembali.Dia memandang lelaki itu.
“Boleh.”sepatah dia menjawab. Senyuman masih tidak lekang.Sesekali tangannya mengacau minuman didepannya.Bau nasi tomato begitu menyemarak menyebabkan dia jadi lapar tiba tiba.
“Kenapa boleh jadi cam tu? Jauh sangat larinya.Kalau Muhid ke okey lagi.”ujar Qarin Nasuha. Baginya kalu di panggil Muhid lebih cute dan sweet.
“Muhid?” soal Koyo kembali. Terasa begitu janggal jika benar benar dia dipanggil begitu.
Qarin Nasuha cuma mengangguk dan menghulurkan senyuman sambil menyuap makanan kemulutnya.
“Tak sedap ke kalau Koyo?”soal Koyo.
“Tak adalah. Cuma nama awak tu pelik aje.Boleh aje kalau nak panggil gitu. Nampak unik, jarang ada orang nama macam tu.Koyo.”Qarin Nasuha tersenyum manis sambil sekali lagi menyebut nama lelaki didepannya itu.
Koyo hanya tersenyum mendengarkan komen gadis itu.Dia memandang Qarin Nasuha yang sedang leka menyuap makanan kedalam mulutnya. Entah mengapa dia jatuh sayang pada gadis itu. Pertemuaan kali ini bagai mengesahkan perasaan hatinya yang sebetulnya. Dan kini dia seakan dapat membaca isi hatinya sendiri. Dia benar benar telah jatuh sayang pada gadis manis itu.
”Ikut suka mak lah ayah.Cu ikut aje kehendak mak kalau itu yang boleh mengembirakan mak.”sebaris ayat Hariz Azhan begitu mengejutkan Haji Kamil. Dia hampir hampir tidak percaya mendengarkan kata kata anak bujangnya itu.
Dia memandang lama kearah anak mudanya itu. Terlihat satu bebanan yang terlalu berat sedang digalas dibahunya. Ada kerinduan yang sedang bertamu dalam hatinya. Anak matanya jelas menunjukkan dia sedang sakit merindui seseorang yang terlalu disayanginya.
“Cu?”Haji Kamil menghampiri anaknya itu.Berdiri disisinya.
“Cu akan tetap sayangkan Qarin sampai bila bila pun ayah.”balas Hariz Azhan. Dan tanpa dipaksa dia memeluk erat tubuh tua Haji Kamil. Menahan tangisan yang sedang mendesak dalam dirinya.
“Ayah cakaplah dengan mak. Cu akan terima permintaan mak untuk bertunang dengan cikgu Adela tu. Suruh mak hantar rombongan je.”lemah Hariz Azhan berbicara.Dia meleraikan pelukkan pada Haji Kamil.
Perlahan lahan dia turun ke bawah rumah kayu itu,menyarung sepatu di anak tangga.
“Nak kemana tu cu?”soal Haji Kamil. Risau hatinya melihatkan keadaan anak itu.
“Cu nak balik KL ayah.Ada banyak kerja yang tak siap lagi.Kirim salam pada mak.” Ujar Hariz Azhan tanpa memandang Haji Kamil yang termanggu didepan pintu.
Entahlah, apa yang ada dalam jiwanya saat itu terlalu sukar untuk dimengertikan.Terasa begitu kosong dan terlalu sepi.Terasa begitu jauh dan terlalu terbuang. Terasa tiada sesiapa lagi yang menyayangi dirinya.
Hariz Azhan termenung, terlalu sukarkah bagi mak untuk memahami apa yang ada dalam dirinya saat itu. Sedangkan selama ini baginya ibu itu terlalu memahami kehendak hatinya. Dan kini segalanya seakan terasa begitu asing.
Dia mengeluh berat. Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Lalu haruskah kebahagiaan dirinya yang dijadikan pertaruhaa?
Dia tidak punya jawapan. Kepalanya serabut dengan pelbagai masalah. Tapi masalah utamanya dia merindui seseorang. Dia merindui gadis itu.
Qarin Nasuha!! Entah mengapa terlalu sukar baginya membuang cinta yang ada dalam dirinya saat itu. Bagaimana mampu dia melupakan Qarin Nasuha kalau hati tidak membenarkannya. Dia masih telalu menyayangi gadis itu. Semakin hari cinta yang ada dalam dirinya semakin mekar.
Tidak memiliki gadis itu bukan pengukur baginya. Walaupun Qarin Nasuha tiada disisinya, cinta itu tetap mekar dan terus akan hidup selagi dirinya dikandung jasad. Cinta bukan sekadar memiliki seseorang, cinta baginya terlalu besar ertinya.
Menyintai seseorang setulus hati. Kesetian yang paling utama. Biarpun jauh beribu batu sekalipun selagi ada sebuah kesetiaan, selagi itu cinta itu akan terus mekar didalam hatinya.
&!burried at 4:56 AM